Friday, October 8, 2010

Bicara Aisy : Pertama Kali

""Haza Alaamatu Hubbie"


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah... itu yang terucap apabila mampu lagi untuk menukilkan kata2 di ruang bicara aisy ini. ini adalah post kedua bagi aisy. semoga apa yang tertulis ini memberi kenangan untuk diri aisy juga...:)

turning point...
bertahun2 sudah aisy menjalani sesi pembelajaran dan pengajaran selama ini. tapi aisy bermasalah dengan satu perkara. bagaimana aisy nak sampaikan dengan baik apa yang aisy belajar selama ini. aisy berasa malu dan cuak dengan orang2 yang ingin aisy ajar terutama golongan dewasa...

malu...
aisy sebenarnye sudah biase da untuk mengajar kanak2. aisy sendiri mengajar mengaji di rumah aisy. tp masalah yang timbul ialah bila ingin mengajar yang sudah DEWASA.:)...berderau darah... mahu tercabut jantung ni rasanya...

ceritanya begini...

semalam sepatutnye aisy dan kekawan belaja diluar, bukan di madrasah. kami akan belajar bersama dengan makcik2, datin2, puan2...  ustaz aisy ada jemputan mengajar setiap minggu disana(mengajar kitab tauhid). kami pergi seperti biasa, tapi semalam,USTAZ DATANG LAMBAT, aisy dan kekawan kena mengajar.. ada lah dalam 6 orang termasuk aisy semalam. makcik2+datin2 semalam adalah dalam 3o orang lebih...terjadi la perkara baru dalam diri aisy.

"adus, macam mana ni" terdetik dalam hati bila melihat "murid2 dewasa" ni macam nak tak nak je bile kami kata nak wat halaqah  dan kami akan kupas2 apa2 yang tidak paham tu dalam dalam kumpulan2 kecil. 

aisy x tau mana datang kekuatan, aisy tibe2 bangun, dan cakap " makcik2, sebenarnye macam ni, ustaz suruh kitorang buat kumpulan kecil2, kita bincang dalam kumpulan" sambil tengok muke makcik2 yang macam tidak berapa yakin dengan kami@mungkin dengan aisy.

kekuatan tidak tahu dari mana...
sepatutnye kami bahagikan dalam beberapa kumpulan..masalah timbul, SEMPIT.... dengar lak satu suara, "adik, adik ajar je la kat depan mcam ustaz mcm biase"  sini la bermula....

turning point...
dup...dup...dup..." ah, sudah..." selepas beberapa sessi ngelak mengelak, maka aisy dan kawan2 ikut gak la...:) aisy dan kawan2 duduk didepan, makcik2 tu suruh la duduk atas kerusi(mereka bersila@bersimpuh)... aisy gase tak kuat, aisy mintak duk bawah je la... makcik tu mintak pakai mic(belakang tak dengar).. aisy kejap2 je amik.:)

bermula...
sessi ini bermula dengan rasa terkejut..." ok, makcik, kite nak ngulang yang mane ni" aisy bertanya. dengan ceria makcik tu cakap, "ajar dari mula la, satu pun makcik tak ingat ni" 2 bulan mereka cuti...puasa dan raya. saya mengajar kembali kepada asas, sifat 20. 

"sebenarnye ustaz ajar tu, makcik tak paham" terdiam aisy, kitab da nak abis, tapi rupanya makcik2 ni tak paham pun. mungkin mereka tak leh bagi tumpuan. aisy mulakan pengajian, mengajar dalam ketar2(pertama kali katakan). sessi berjalan lancar, sessi soal jawab meriah, siap ada macam pop kuiz(ulang baca apa yang paham). makcik2 ini memberi tumpuan, dari yang depan2 mata hingga ke hujung bilik. alhamdulillah...saye dan kawan2 bergilir2 memberi penerangan yang paling jelas dan senang untuk mereka fahami.:)

ustaz datang masa sesi pengajaran aisy dan kawan2...tapi ustaz suruh kami teruskan, ustaz nak mereka paham betul2 asasnye sebelum ustaz teruskan sambungan apa yang belajar...

sessi berjalan lancar.:)

akhirnya tamat gak sessi tu...:)

"terima kasih la nak, selama ni makcik tak paham la apa yang ustaz terangkan, ustaz tu cakap bahasa tinggi, korang pakai bahasa mudah2," tersenyum aisy. alhamdulillah... 

syukur aisy dan kawan2 mendapat peluang untuk melakukan perkara ini. dari mana dapat kekuatan? tak tahu la aisy.:) apa yang pasti, aisy hepi, bukan kerana lepas mengajar, tp mampu untuk lawan rasa malu, takut, gigil tu.:) terima kasih kat kawan2 gak yang kat sisi. insyaALLAH kita akan teruskan berkongsi. SHARING IS CARING...:)

akhir kata...
peluang datang tidak dijangka, setiap yang berlaku, ada pemula... dan inilah permulaan aisy mengajar golongan dewasa mengenal ALLAH, Pencipta mereka. Alhamdulillah... :)

0212pm
sabtu
09 oktober 2010
baitie jannatie

Bicara AiSy : Salam perkenalan :)

""Haza Alaamatu Hubbie"



...Berkelana...






Assalamualaikum w.b.t
"bicara dari jiwa untuk jiwa"

Ahlan wasahlan ya Ashabie...

Salam perkenalan...:) pertama sekali aisy panjatkan syukur pada ALLAH kerana diberi peluang untuk meneroka satu lagi cabang baru dalam hidup aisy...:) dunia blog

Aisy
ini nama maya diri ini... terfikir aisy untuk membuat satu medium untuk berkongsi dengan dunia luar apa yang pelajari di setiap langkah di kehidupan aisy ini. semoga jika ia bernafaat untuk sahabat2 sekalian. 

pengalaman aisy tidaklah banyak, sekadar berputar2 dalam kisah2 harian. tp jika  ia terselindung pelajaran disebalik pengalaman itu, tidak salah untuk berkongsi...:)

aisy sekarang masih lagi belajar. tidak same dengan kebanyakan sahabat2 sekalian. sekarang ini masih lagi menuntut di madrasah. belajar secara pondok. tp ia langsung tidak menyekat aisy untuk menggunakan pena, tulisan, dan alam maya untuk berkongsi sesuatu...

Aisy seorang yang biasa, selalu berfikir, "Kebahagian orang lain perlu diutamakan". bg aisy..., jika malam ini titik mula untuk aisy mencoretkan kata2 di ruang blog, semoga yang membaca akan merasa bahagia...

salam perkenalan dari aisy...:)

1153 pm
jumaat
28 syawal 1431
08 oktober 2010
baitie jannatie


"berbahagialah dibawah naungan-NYA.Maka aku juga akan bahagia bersama"