Tuesday, October 19, 2010

bicara aisy: anak-anak aisy yang ramai

""Haza Alaamatu Hubbie"

Assalamualaikum w.b.t

apa khabar kalian?:) aisy harap semua baik2 sahaja...:)

untuk post yang ini, aisy nak berkongsi suasana aisy mengajar di rumah. Aisy pernah bagitahu kan aisy biase mengajar kanak? ni la "anak-anak aisy". kira-kira ada dalam 50 orang. ramai x anak aisy?


sebahagian dari "anak2 aisy"

kanak2 ni satu zaman yang inginkan kegembiraan. itu sebab mereka banyak bermain dari belajar. Bagi aisy, mungkin remaja mereka tidak sama dengan aisy yang seawal 10 tahun sudah pergi ke asrama(pondok) untuk belajar berdikari. 

senang ke mengajar mereka?
tersenyum. jika tidak kering anak tekak bersuara tinggi memang la satu kemajuan yang cukup hebat. bukannya kita marah atau benci. tapi mereka perlukan suara yang tegas untuk mengikat mereka di dalam kelas, kalu tidak... kartun je la dalam kepala mereka.

penat?
memang penat. penat tapi bahagia. bagi aisy, kehadiran mereka memberi kemeriahan di rumah aisy. aisy memang akan bertambah sibuk, tapi aisy seronok. 

aisy garang tak?
tersenyum... ala.. mestila... ibu 7 orang anak pun garang, ni kan pulak 50 orang.:) dulu mungkin aisy akan menengking dan menjerit2. tapi sekarang aisy cuba kawal dan aisy selesa dengan hanya bersuara tegas jika mereka membuat salah.

sempat ke mengajar mereka semua,kejap je magrib ke isyak tu?.
alhamdulillah. aisy telah membuat beberapa kumpulan semasa mengajar ini. aisy melantik anak2 murid aisy yang telah lama belajar dengan aisy untuk menjadi pembantu cikgu.:)
teringat aisy dengan muka2 terharu dan suka bila aisy mengumumkan "kenaikan pangkat" senior-senior ini.
mereka bahagia agaknya. tp yang pasti aisy bahagia.
selain itu walau tidak selalu, ibu dan adik2 akan mengajar sama. tp yang pasti, kelas itu bawah tanggungjawab aisy.:)

Mengaji al quran sahaja?
selain dari mengajar mengaji, aisy juga mengajar cara solat dan fekah pada anak2 aisy itu..

harapan aisy?
aisy harap. mereka akan menjadi insan yang bahagia, berjaya dunia dan akhirat. insyaALLAH.


nota kaki : 

"duduk!!!" ayat yang biase ditekankan apabila keadaan sudah tidak terkawal.

senyum selalu...:)

"berbahagialah dibawah naungan-NYA.Maka aku juga akan bahagia bersama"