Wednesday, April 3, 2013

Hati wanita

""Haza Alaamatu Hubbie"
berbahagialah dibawah naungan-NYA.Maka aku juga akan bahagia bersama"

....Hati wanita....

         Siapakah yg bisa mengungkap apa bicara hati wanita itu? Apa yg tersirat di hati seorang wanita, mampukah diertikan oleh kamu dan kamu? 

Mengertilah...

Wanita itu hanya mahukan kasih sayangmu.
wanita itu hanya mahukan cintamu.
wanita itu hanya inginkan belaianmu.

Adakah itu sukar buatmu wahai insan bergelar lelaki? 
Bukan wang ringgit yang kami mahukan. bukan emas berlian yang kami hadapkan. Hanyalah perhatianmu dan belaianmu wahai pemilik hati..

Ketahuilah wahai pemilik hati wanita...

Betapa beruntungnya kamu dikasihi oleh wanita itu. barangkali ramai lagi insan diluar sana yang menginginkannya sebagai teman hati. tapi KAMU juga yang dipilihnya. jadi mengapa layanan seperti itu yang kamu berikan? 

Mengapa ada dusta dibalik setianya? 
Mengapa ada tangis dibalik senyumnya? 
Mengapa ada duka dibalik tawanya?

Wanita seringkali dikaitkan dengan insan yang lemah. 
MAKA...
kuatkan kami dengan kasihmu.
 kuatkan kami dengan sayangmu.
 kuatkan kami dengan cintamu. 

YA...sahabat memang sangat penting dalam hidup. tapi...
 bisakah kamu hidup tanpa hawamu?
 bisakah kamu hidup tanpa tulang rusukmu yang satu itu? 

Bahagikanlah masamu dengan sebaiknya. agar kamu perolehi keduanya. sahabat dan hawamu. seringkali kamu melebihkan sahabatmu. hingga kau terlupa di sudut sana.... ada insan yang terluka.

Di sudut sana, die cuba untuk tersenyum buatmu.
Di sudut sana, die cuba bahagiakanmu.
Di sudut sana, die cuba berlakon tiada apa yang terjadi.
Di sudut sana, die cuba hilangkan tangis dengan tawanya.

dan segala itu hanya buat kamu, pemilik2 hati..

Walau seringkali die gagal menunjukkan senyumannya tika terluka. namun die gagah untuk bangun lagi dan senyum lagi buat insan yang dikasihinya.



Bicaraku buat kamu.

Ghurfatie jannatie
030413
rabu
15.00pm 

Monday, April 1, 2013

Hadirnya...

""Haza Alaamatu Hubbie"
berbahagialah dibawah naungan-NYA.Maka aku juga akan bahagia bersama"

       Hadirnya mengundang senyumku. meski tersellindung dibalik hijabku, namun kutahu bibirku menguntum senyum tatkala dia menghadirkan diri. 
Aku resah sendiri.. mengapa hadirnya yang sebentar cuma mampu menjemput senyumku dikala langit mendung kelabu? apakah tandanya aku masih menanti dirinya?

       Hadirnya...
menghiasi hariku yang terasa payah ingin dilalui. menghadiahkanku secebis kata2 namun itu yang tetap diingati hingga terpejamnya mata ini. 

      Hadirnya..
tak terduga. dan tak pula aku nanti. tapi yang pasti, hadirnya mampu mengubah hatiku.bibirku yang tadinya terkelu, tiba2 mudah menghadiahkan senyum buat tetamuku.

     Hilangnya...
tika aku tersenyum bahagia dengan hadirnya, dengan pantas ia akan menghilangkan diri. lalu aku tertanya2, untuk apakah ia menghadirkan diri nya? rindukah die pada aku? 
jika rindu, katakan rindu.. jangan buat aku tertanya2 sebab kehadiranmu..

Hilangnya dirimu, membuatkan ku tercari2.. mengapa perlu hilang tanpa pamitan ? adakah itu takdirnya aku disisi mu? 

jika begitu, aku pasrah.. akan ku tunggu lagi hadirmu, yang setentunya mampu mengundang senyumku dibalik hijabku.
namunbegitu, tetap lelapku malam ini dihiasi senyum kerana hadirmu. 
selamat malam buat kamu disana. kan ku tunggu lagi hadirmu.



yang tertanya2


ghurfatie jannatie
010413
isnin
11pm

Sunday, March 31, 2013

riNdUKu..

""Haza Alaamatu Hubbie"
berbahagialah dibawah naungan-NYA.Maka aku juga akan bahagia bersama"


RINDU..
Bukan mudah menyembunyikan rindu pada seseorang.. bukan mudah juga mahu menghilangkan rindu itu.
Namun hakikatnye rindu itu perlu dikawal, agar ianya tidak memakan hati sendiri.

HATI..
ia milik peribadi. tiada siapa yg mngeti apa yang tersirat dihati melainkan diri sendiri. maka.. jagalah hati sendiri dengan sebaiknya. tiada yang mampu menjaga hati kita melainkan kita sendiri.

KASIH..
begitu luas kasih yang Allah cipta. tujukanlah kasih kepada yang tahu menghargai erti kasih itu.

SAYANG..
mempunyai begitu banyak maksud. seringkali sayang hanya dikaitkan dengan cinta. tapi sebaliknya, sayang itu besar maknanya. sayang kepada sahabat juga dipanggil sayang. sayangilah mereka yang mnyayangi kita juga mereka yang belum tentu menyayangi kita. menyayangi tanpa diketahui itu perit, tapi kadangkala ianya lebih bererti buat menjaga hati..

CINTA..
aku cinta padamu.. adakah ia hanya sekadar satu ungkapan??
 cinta perlukan pengorbanan.
 cinta juga perlukan kesahihan..
Cinta bukan hanya satu kata2 yg apabila telah diungkapkan , terhenti setakat itu.
Cinta adalah hadiah terbesar buat insan yg amat kita kasihi, sayangi dan rindui...

tunjukkanlah cintamu wahai pemilik hati..
 kukuhkanlah kasihmu wahai arjunaku..
lebarkanlah sayap sayangmu wahai kekasihku..

dan

hadirkanlah dirimu wahai dewa hatiku,
agar bisa mengubati rindu yang mencengkam bisa hatiku..



dari hati kepada pemiliknya..

ghurfatie jannatie..
310313
09.00pm
ahad

"berbahagialah dibawah naungan-NYA.Maka aku juga akan bahagia bersama"