Wednesday, April 17, 2013

Pilihanku..

""Haza Alaamatu Hubbie"
berbahagialah dibawah naungan-NYA.Maka aku juga akan bahagia bersama"

     Tertanya-tanya aku sendiri, adakah benar pilihanku ini? hati tenang sekembalinya dari perkelanaan yang terpanjang dalam hidupku. hidupku juga berubah. anginku juga benar2 berubah. benarkah ini masih diriku? 

   Aku tidak pasti benarkah pilihanku ini, tapi yang aku pasti, aku tenang dengan pilihan aku ini. perkelanaan itu benar2 membuat aku berubah 100%. aku bukan lagi aku yang dulu. aku kini belajar untuk membela diri sendiri, bangun sendiri, gagah berdiri tanpanya.. aku memilih untuk berlalu tanpa bayangannya. 

   wahai chenta hatiku.. 
sesungguhnya aku terlalu menyayangi dirimu. tapi aku kian terluka dengan sikap dan perbuatanmu. lalu aku memilih untuk berkelana jauh.. mencari ketenangan yang aku damba. mencari cebisan-cebisan bahagia dan tawa yang masih terselit dalam diriku ini.
Lalu aku menjumpai satu keputusan yang aku kira itu adalah yang terbaik buat kita.. mungkin bagimu ini bukanlah yang terbaik. namun ku kira, dari keputusan ini, aku mampu mendewasakanmu kekasihku..
sungguh!! aku terlalu cintakan mu! setiap detik ku hanya menyeru namamu. namun begitu, seruanku tidak sampai kepada halwamu. kau tetap dengan urusan2 mu yang kau kira lebih berharga dari diriku ini. maka dengan itu, izinkanlah aku berlalu mencari cebisan tawa dalam diri ku ini. aku perlu bangkit tanpa bayangmu. aku perlu berlari meninggalkan deritaku. moga pilihanku ini mampu menyedarkan mu betapa pentingnya manusia bergelar kekasih dalam hidupmu kelak..

maafkan aku wahai kekasih..sesungguhnya aku terlalu2 menyayangi dirimu. tiada detik hayatku yang tidak diiringi dengan namamu. namun begitu, tetap aku menjadi suatu yang membebankan dirimu.
dengan itu aku memilih untuk berlalu dari teduhan bayangmu. sungguh!! aku merana dengan keputusan ini. tidak mudah melupakan apa yang pernah terjadi anatara kita. tidak akan ku lupakan. akan tetap kemas tersisip di fikiranku..

wahai kau yang aku cintai..
tidak ku berdaya menuturkan pilihanku ini kepadamu. maka aku coretkan disini dan aku bergerak pergi sedikit demi sedikit. perbuatanmu membenarkan pilihanku ini. kelakuanmu yang telah meletakkan kita dalam situasi dan status ini. tiada penyesalan dihatiku. kerana selamanya kau kesayanganku...



dalam perkelanaan
180413
khamis
1.15pm



"berbahagialah dibawah naungan-NYA.Maka aku juga akan bahagia bersama"