Tuesday, April 23, 2013

berakhirnya sebuah cinta..

""Haza Alaamatu Hubbie"
berbahagialah dibawah naungan-NYA.Maka aku juga akan bahagia bersama"

Akhirnya....
aku mampu tamatkan segalanya..rabu, 10.30am 24/4/13 ..dengan penuh linangan airmata.. dengan jiwa yang teramat sakit.. skali lagi aku perlu hadapi saat2 ini.. sakit yang aku rasa 7tahun dlu..kini aku rasainya lagi.. perit.. meninggalkan orang yang amat aku cintai demi kebahagiaannya.. terlukanya aku kerna perbuatanku sendiri.. hancurnya diriku kerana kesilapanku sendiri.. 

akhirnya...
dengan sejuta kepayahan, aku ucapkan jua kata perpisahan.. sumpah!! aku rase bagai melayang seluruh jiwaku. hancur luluh hati saat mendengar tangisnya. namun apakan daya... aku tiada upaya untuk melawan takdir.. kebahagiaanmu tetap ku damba.. moga aku mampu bahagia dari celah2 kebahagiaan mu kelak..

suaramu yang aku rindui..tabahkah aku lalui hari2 ku yang mendatang tanpa suaramu? tanpa bisikanmu? 
Ya Allah.....kuatkan aku..tabahkan aku...
sungguh!! aku nanar bila memikirkan semua ini...

aku tersepit diantara dia dan kamu..terseksanya jiwaku kerana kalian.. berikan aku ruang untuk mengecap bahagia...



aku yang terluka

240413
rabu
1.20pm


Monday, April 22, 2013

silapku..

""Haza Alaamatu Hubbie"
berbahagialah dibawah naungan-NYA.Maka aku juga akan bahagia bersama"

Silapku..
  Disini bermula silapku buat sekian kalinya. Aku menaruh harap lagi pada manusia untuk sentiasa menjaga hatiku. sedangkan aku tahu dia tidak lama disitu. dia akan berlalu pergi..pergi meninggalkan aku yang ingin belajar menyayangi dirinya. namun aku tetap menaruh harapan dia mampu memberikan ku secebis bahagia. Aaahh!! ternyata aku tak pernah belajar dari kesilapan lalu. manusia tetap manusia walau siapa pon dia..

Silapku...
terkadang aku ingin berikan hatiku padanya. disitu silapku.. hatiku milikku. tak siapa mampu memahami hatiku melainkan aku. namun sering aku alpa.. tetap aku ingin serahkan hatiku kepada insan bergelar lelaki. 
aku perlu kuat!! hatiku kan selamanya milikku. 

Silapku..
terlalu mudah memberi hati pada insan bergelar lelaki tanpa aku beringat bahawa dia juga lelaki dan dia juga akan berlalu pergi suatu hari nanti. 

wahai hati...
kuncilah dirimu. jauhkan hatimu dari mana2 insan bergelar lelaki. mereka belum tentu mampu membahagiakan dirimu. hanya aku mampu menjagamu. garilah dirimu wahai hati.. 
kasihanilah aku yang selalu terluka kerana mereka dan mereka.

aku ingin bahagia!! benarkan kita cipta bahagia itu bersama. tanpa mereka dan mereka. biarkan mereka hanya melihat senyumanmu. jangan deritamu.. wahai hati, mari kita langkah bersama menuju alam bahagia. jangan benarkan mereka menghilangkan senyuman bahagia kita. 

wahai hati..
bina tembokmu!! nyahkan mereka dari mendekatimu. bahagia itu selamanya akan menjadi milik kita. TANPA MEREKA!! jangan pernah kau melakukan kesilapan lagi wahai hati. terlukanya kamu, deritanya aku.. takut kelak, senyumanku tak lagi mampu melindungi deritaku. tak lagi mampu menyembunyikan tangisanku. tak lagi mampu membahagiakan mereka dan mereka. 
mereka tak perlu tahu tangisku. mereka hanya dibenarkan melihat senyumku.

kerana matahari selamanya memberi cahaya bahagia kepada yang lain. 
wahai sang mentari.. kunci deritamu, lenyapkan tangismu, teruskan tersenyum buat mereka dan mereka demi kebahagiaan mereka dan mereka...

bangun!!! kau perlu selalunya mampu menyembunyikan derita dan tangismu. benarkan senyummu menghiasi bibirmu selalu. sapu airmatamu, palingkan wajah surammu. agar tiada siapa yang terluka melihat tangismu. 







aku yang ingin membahagiakan mereka dan mereka..

ghurfatie jannatie
230413
00.30am
selasa

"berbahagialah dibawah naungan-NYA.Maka aku juga akan bahagia bersama"