berbahagialah dibawah naungan-NYA.Maka aku juga akan bahagia bersama"
Assalamualaikum w.b.t
10/10/10,tarikh yang penuh dengan keramaian sekarang ini. Aisy dapat lihat orang berusaha untuk mengejar tarikh ini untuk membuat majlis perkahwinan dan pertunangan.
10/10/10
100 tahun? 10 tahun? 10 bulan? 10 minggu? 10 hari?... sampai bilakah perhubungan itu?
hanya ALLAH yang tahu. kita merancang tapi hanya tuhan yang menentukan. Aisy terfikir nak berkongsi sebuah cerita...kisah lebuhraya dan RnR sempena tarikh ini dan perhubungan. kisah fiksyen yang mungkin terkandung cerita. harap kalian dapat hayatinya...:)
Perjalanan di lebuhraya
Vroom!!!Vroom!!!
Enjin berbunyi deras. si uda sudah bersedia ingin memulakan perjalanan. si dara masuk ke dalam kereta dan terus melihat cermin. berhias untuk meneruskan perjalanan.
"kita gerak ye sayang" si uda menekan minyak dan memulakan perjalanan berdua ini.
"ok." si dara menjawab ringkas sambil membetulkan tudung yang dipakainya. Dia terdiam, kerana didalam hati berkata" sayang ni, semalam suruh kite pakai tudung ni, tapi tak pandang pun" si dara menjeling ke arah si uda yang serius memandu.
seketika kemudian,selepas dara tundukkan kepala, uda memandang ke arah dara.
" cantik sayang pakai tudung dan baju ni, terima kasih sayang" terluah kata-kata itu hanya di hati, bukan di mulut.
mereka sudah masuk ke lebuhraya. si dara sudah mule mengantuk dan bosan. si uda masih menumpukan perhatian kepada pemanduan. si dara berfikir, "jika aku tidur, takut sayang ni mengantuk" hatinya berbelah bagi, tercetus satu idea!
si dara rasa dia perlu memulakan perbualan.
" sayang...sayang bahagia tak dengan saya?" terpancul soalan itu untuk memulakan bicara.
"bahagia sayang" uda menjawab sambil tersenyum pada chentanya itu.
"Kenapa sayang?" uda bertanya selepas merasakan dara serius bertanya
"saja, terfikir saya, kenapa sayang chinta kan saya, pernah juga terfikir, adakah saya ini hanya pengganti pada hubungan sayang yang dulu" mendatar sahaja nada dara sambil termenung ke cermin mengadap pokok-pokok di tepi lebuhraya.
"erm" uda mengeluh sedikit. dia tidak selesa dengan pertanyaan itu. baginya dara tiada tandingan untuk dirinya. kenapa perlu diungkit cerita lamanya. bagaimana ingin dinyatakan dia bahagia.
"chenta tiada perlukan sebab, kerana ia hadir secara tiba-tiba. ALLAH petikkan nur chenta itu, dia akan mekar di hati mereka yang mencintai seseorang." uda membehentikan kata katanya sebentar. memberi isyarat ke kanan dan memotong sebuah lori yang bergerak perlahan. uda memilih lorong kiri kerana perbincangan ini perlu ditumpukan. jika lorong kanan, tumpuan kepada pemanduan perlu dilebihkan.
"Jangan dibandingkan diri saya dengan sesiapa, begitu juga jangan bandingkan diri sayang dengan sesiapa pun, kisah lama biarkan ia berlalu, tapi yakinlah saya chentakan sayang. Jika sayang tanya, kenapa yakin, saya yakin kerana hati saya terdetik dan terus berdetik inilah chenta" uda berbicara sambil seringkali melihat ke cermin sisi. uda memandang bas ekspress memotongnya dengan laju.
"kenapa saya? kenapa bukan orang lain?" dara seperti emosi. uda terkejut dengan soalan itu
"kerana sayang adalah sayang" mudah sahaja jawapannya dari Uda.
"sebenarnya, betul ke sayang bahagia dengan saya" dara mendesak
" iya, saya bahagia sayang" uda merasa tidak selesa. seperti dara tidak pernah yakin dengan kata-katanya.
"saya rasa saya tidak membahagiakan sayang, sayang macam-macam buat untuk saya, tapi saya tak mampu membalasnya. saya tau, selama ini sayang bertahan dengan perangai saya. sayang tidak cakap yang sayang tidak bahagia. tapi saya rasa begitu." dara meluahkan dengan kata-kata dengan emosi.
"PON!!!!!"
terkejut uda dengan hon dari lori yang ingin memotong keretanya. dia mengelamun sebentar kerana terkejut dengan kata-kata dara yang baginya tidak berasas.
"saya bahagia!!!, berapa kali saya nak kata?" uda merasa emosi kerana rasa dia tidak dipercayai dan rasa chentanya ini seperti mainan oleh dara.
"kenapa marah? saya tanya je kan, yela... saya ni menyusahkan, saya ni tak boleh da untuk bercakap!!! kan saya dah kata, sayang tak bahagia dengan saya." dara berkata dengan suara terketar-ketar menahan perasan yang kecewa bila dimarahi oleh uda.
uda hanya diam. baginya jika terus bersuara, dia akan kalah dengan sifat lamanya yang sudah lama dia berjuang untuk tewaskan.amarah dan panas baran.
suasana kembali sepi. hanya kedengaran bunyi penghawa dingin yang terus setia menyejukkan diri uda dan dara. tetapi hati mereka tidak juga sejuk walau penghawa dingin dibuka kuat.
dara menundukkan kepala. difikirnya, "betul ke semua ini, aku sayangkan dia. aku chentakan dia. perjalanan ini bukan untuk aku buat dia marah dan kecewa, aku nak dia bahagia" perlahan-lahan diangkatnya kepala dan curi-curi dia pandang ke muka uda.
"seriusnya, senyum lah sikit sayang, jangan buat macam ni. serba salah saya" tak terluah kata kata, hanya tergetus dihati sahaja. lama dia memandang, tapi akhirnya dia mengalihkan pandangan ke luar tingkap.
uda tekun memandang ke hadapan.hatinya berasa kurang selesa.dia marah pada dirinya yang tiba-tiba emosi. di tenung dara yang termenung memandang keluar tingkap. beratus-ratus ayat yang berselerak di mindanya, tetapi semuanya tidak mampu disusun,
dari seminit hingga ke ssetengah jam, dua-dua tidak mampu untuk menyusun ayat untuk menyatkan rasa serba salah kepada pasangan yang dicintai. tidak terluah.
"maaf" dara menghumban keluar suasana sepi. tertinggal sepi jauh di sudut lebuhraya. uda terus senyap, hanya sekilas memandang ke arah dara.
"saya mintak maaf, saya tidak patut cakap begitu kat sayang. maafkan saya ye" dara mula memujuk.
Uda diam dan terus memandang ke hadapan. hatinya masih tidak mampu terima kenapa dara masih tidak yakin dengan chentanya. bukan sekali, tetapi perkara ini akan tercetus juga selepas timbul perselisihan faham antara mereka. Uda menekan minyak dan membiarkan sahaja dara memandang dirinya dari sudut tepi. uda menekan punat mp3 player di dalam kereta. dipasangnya lagu Maher Zain 'For The Rest Of My Life'.
dara setia menanti jawapan.
"tidak perlulah mintak maaf, sayang kan tahu setiap hari sebelum tidur saya akan tekad maafkan semua salah orang yang saya chenta. iaitu sayang." Uda menjawab tanpa memandang ke arah dara.
Dara menutup lagu yang dipasang, hatinya tersentuh mendengar lagu itu kerana ini adalah lagu mereka berdua.
"saya mintak maaf. saya hanya bertanya. terima kasih maafkan saya. kenapa sebelum tidur pasti sayang akan meminta maaf dan memaafkan diri saya ye sayang" dara kembali mengawal emosi dan tenang. dia merasakan uda memujuknya dalam senyap apabila memasangkan lagu kegemarannya itu.
"sayang.." uda memanggil dengan nada berbisik
"ye sayang..." dara menjawab dengan penuh rasa bahagia.
"saya maafkan semua salah sayang, atau apa pun yang berlaku sebelum tidur, kerana saya selalu berdoa, jika lah saya tidak mampu lagi bangun untuk keesokkan harinya, biarlah saya tinggalkan sayang dengan rasa bahagia, bukannya rasa sedih dan kecewa. kan perhubungan ini kita sandarkan untuk mencari kebahagiaan hakiki hingga ke syurga. doa saya, biar kematian sahaja yang memisahkan kita sayang. kerana kematian itu hanya perpisahan sementara, sebelum kita berjumpa di syurga dengan rahmat dan izin ALLAH. itu tekad saya sayang" uda berkata sambil matanya merenung jauh kehadapan. yakin dengan kata-katanya. biarlah bukan sebab dunia yang memisahkan mereka. kerana cinta pada manusia ini menjadi milik si dara. selepas ALLAH,Rasul dan ibu bapa. hanya dara yang dirinya cinta. mukanya tenang dan hatinya yakin, kematian pasti akan muncul. tapi hatinya selalu merasa, "aku tidak mahu berpisah dengan dirimu dara"
dara mula tersentuh dan menangis. hatinya sakit bila mendengar kehilangan orang yang dia cintai. baginya kata-kata adalah doa. melihat muka uda yang tenang, seperti tidak merasa sedih bila berbicara soal perpisahan,"sayang hendak tinggalkan saya? saya tidak mahu sayang pergi. sayang berdoa begitu kerana tidak mahu esok hari sayang akan mengadap muka saya lagi, perangai saya lagi kan" dara meluahkan rasa dihatinya.
"erm... bukan begitu sayang, tapi kematian itu pasti" uda merasa perlu untuk meyakinkan dara, bukan ia meminta, tetapi manusia yang selalu lupa pada mati akan terus lalai. dia juga lalai, tetapi dengan kebiasaan memikirkannya sebelum tidur memberi kan rasa tenang untuk dirinya tidur.
"MEMAAFKAN,MOHON DIMAAFKAN, ZIKRULLAH, ISTIQFAR"
"uda hendak tinggalkan dara? jika betul ingin kan kematian, biar dara yang mati, biar dara tidak perlu lagi untuk bersedih dan rasa kehilangan uda" dara semakin teresak esak...
bergenang air mata uda.
"bukannya uda hendak pergi sayang" uda memujuk.
"tidak perlu jelaskan. memang uda tak pernah bahagia dengan dara. biar lah dara pergi dari hidup uda. bila dara pergi dan uda boleh bahagia. biar uda tidak perlu lagi berdoa supaya mati. uda akan bahagia dengan orang lain. dara tak mampu membahagiakan uda. " dara meluahkan rasa hati. dia sendiri tidak tahu kenapa. baginya biarlah orang yang dia sayang bahagia walau hatinya merana. kebahagian uda adalah kebahagian dara.
"jangan begitu sayang. bukan begitu yang saya maksudkan. saya doa hanya kematian yang memisahkan kita.kan kematian hanya perpisahan sementara." uda memujuk.
"cukup!!! jangan lagi cakap benda tu. biarlah saya pergi. sayang pasti akan bahagia." dara memegang hujung baju kurungnya yang warnanya menjadi warna kegemaran orang yang duduk disebelahnya itu.
"jangan sayang" hampir terbabas kereta kerana dia memandang tepat ke arah dara hingga hampir lupa yang dia memandu.
"cukuplah, biar saya pergi" dara memandang ke luar tingkap tanpa sedar kata-katanya.
uda terus memujuk. uda tidak mahu kehilangan dara. dara sudah menjadi sebahagian dari kisah hidupnya. hatinya bertanya kenapa begini jadinya. uda merasa menyesal dan cukup kecewa.dia tidak mampu mengawal perasaan. ditekannya minyak selaju mungkin.180km/j. kereta meluncur laju.
tiba-tiba...
ternampak dihadapan mereka papan tanda RnR satu kilometer dihadapan.
"saya nak berhenti kat RnR" serentak terpancul kata-kata itu dari uda dan dara. mereka kembali senyap. dara dengan esakannnya, uda juga terasa basah di pipinya.
setelah memberhentikan kereta di parking bersebelahan dengan sebuah kereta waja. berdepan dengan sebuah motor kawasaki ninja. motor itu di letakkan bersebelahan dengan sebuah teksi. dara keluar dan terus menuju ke tandas. uda mematikan enjin kereta, dan keluar menuju ke wakaf.
di tandas.
dara memandang ke cermin. melihat jauh ke dalam matanya yang membengkak dan merah. 'teruknya muka aku menangis" getus hatinya. dibasuhnya muka dan terus melihat ke cermin. "aku masih cintakan dia" ditatapnya gambar uda yang diberikan kepadanya tidak berapa lama sebelum itu. " saya cintakan sayang".
di wakaf
uda tidak tenang. dia tidak boleh untuk duduk sahaja di situ. uda memakai kembali seliparnya, dia berjalan sekeliling RnR seorang diri. hatinya berkecamuk. bagaimana hendak dikatakan pada dara yang dirinya cinta padanya. uda melangkah tanpa sedar semakin menghampiri ke tepi susur keluar RnR. Sebuah kereta meluncur laju dari arah belakang. uda masih dalam keadaan terpinga-pinga dan tidak sedar kedatangan kereta itu dari belakang. tiba-tiba!!!...
di tandas
dara menyiapkan diri, dia memujuk diri, dia sedar dara tidak mampu hidup seorang tanpa uda. dara membetulkan tudung, mengelap muka yang kemerahan, dan melangkah keluar. dara tekad akan minta maaf dan setia dengan uda.
"Dara cintakan uda" itu yang bermain-main di hati dara. dara kembali bersemangat. dara keluar dari tandas dan menuju ke kereta. kereta uda dihalang oleh sebuah lori yang parking dibelakang kereta.
uda masih lagi berjalan, dia memerhatikan kereta waja yang meluncur laju disebelahnya,hanya beberapa inci sahaja cermin sisi kereta itu dari tubuhnya.
"lajunya, nak mati ke!!!" terkejut uda. tiba-tiba uda terpikir apa yang dilakukan tadi, dia juga memandu laju dan tertanya dia. adakah aku juga ingin mengejar mati. sebelum sempat aku membahagiakan dara.
"uda chentakan dara" terpacul dari bibirnya. di pandang ke arah tandas, dia berjalan laju ke arah tandas. dia menunggu. tidak sabar untuk dia meminta maaf dan menyatakan rasa cinta ini.
dara menunggu di hadapan kereta. sudah berpeluh dia menunggu, "mana uda ni, tak kan ditinggalkannya dara seorang diri" terpandang dara ke arah wakaf yang terletak bersebelahan dengan motor kawasaki ninja berwarna biru.hatinya mengarahkan dia untuk melangkah ke arah sana.
"eh, ini kunci uda" terjatuh air mata dara, adakah betul-betul uda sudah meninggalkannya.
bunyi siren membingitkan telinga dara. dipandangnya sebuah ambulans yang dipandu laju di lebuh raya.
"ya ALLAH, mana perginya uda, selamatkannya Ya ALLAH." dara kembali menangis dan tertunduk. di dailnya telefon uda tetapi tidak dijawab. berkali-kali ditelefonnya. mahu menjerit rasanya.
di hadapan tandas uda mula gelisah. ditanyanya ke seorang gadis, tolong carikan dara. selepas gadis itu keluar dan mengatakan hanya ada tukang cuci sahaja yang ada didalam.
"mana dara pergi?" kepalanya sudah memikirkan benda yang pelik dan buruk. adakah betul-betul dara sudah meninggalkannya. dipandangnya sebuah teksi melintas dihadapannya. ada seorang wanita didalamnya.
"dara tinggalkan aku" diseluknya kocek mencari telefon.
"ah! telefon tinggal kat kereta" dicarinya kunci kereta. matanya memandang ke kereta tetapi dibatasi dengan sebuah lori.
"ya ALLAH, kunci kereta aku mana" keluar peluh didahi uda. berlari uda ke kereta. dipandangnya teksi yang bergerak semakin jauh dan sudah masuk ke lebuhraya.
mencangkung uda di pintu kereta. tidak disedari air matanya jatuh. tidak diendahkan pekerja kontrak yang menyapu tempat itu. mungkin tukang sapu itu merasakan dia sudah gila. biarkan.
dara mengesat air mata, dipegangnya kunci kereta itu dengan erat.
"sampai hati uda tinggalkan dara." terkejut dara bila dia memandang teksi yang meluncur keluar. di pandangnya seorang lelaki yang ada dibelakang tanpa disedari ada wanita di dalam kereta itu.
dalam keadaan masih menangis, dara bangun dan menuju ke kereta. baginya biarlah uda bahagia. dia akan pulangkan kereta ini nanti dan akan jaga dengan baik jika uda inginkan. di dalam akalnya, berfikir bagaimana dia hendak menyerahkan kereta ini tanpa berjumpa dengan uda.
"ALLAH!!! ada pencuri" Terkejut dan menjerit dara melihat ada lelaki yang mencangkung di pintu kereta...
"Uda..." dara kenal orang dicintainya.
"dara..." uda mengangkat kepala dan bangun. terkejut dia. tapi dia gembira. dara ada dihadapannya.
"tadi...Teksi.." uda dan dara berkata serentak sambil menunjukkan jari kearah teksi itu berlalu.
mereka tergelak sendiri. uda ketawa kerana gembira dara tidak pergi meninggalkannya.
"teruknya laki menangis. ni kunci. ingatkan nak bagi kat dara kereta ni. ingat balik dengan teksi" tersenyum dara. ditatap muka uda yang kemerahan. inilah lelaki yang memiliki hatinya.
"uda chentakan dara" uda meluahkan.
"dara pun chentakan uda" dara tidak mahu lagi menipu hatinya.
"jom sayang, jangan tenung saya lama, malu ni menangis"dibukanya pintu kereta untuk dara. dara melangkah dan masuk dengan senang hati.
mereka meneruskan perjalanan.
......
selepas beberapa ketika.
"sayang bahagia dengan saya" dara bertanya kembali soalannya tadi.
"bahagia sayang" uda masih lagi dengan jawapan yang sama. hatinya sedikit gusar, jika perselisihan faham seperti tadi akan berlaku lagi.
"okai! saye tau...jika tak bahagia, saya akan bahagiakan." jawab dara dengan yakin...
"fuh! lega rasanya." uda melepaskan nafas kelegaan.
"hahahaha" mereka tergelak bersama. mereka tersenyum semasa uda memotong sebuah teksi.
"sayang!!!" dara memandang ke arah uda. dia yakin inilah teksi yang difikirkan uda gunakan untuk meninggalkannya.
"ye... saya tau... serupa lak mereka pakai ngan kita kan" tersengih uda bila mengenangkan dia terfikir yang dara meninggalkannya dengan teksi.
senyuman mereka terhenti bila melihat sebuah kereta waja terbabas ke tepi. sebujur tubuh ditutup dengan plastik hitam. ambulans dan polis ada disitu. kenderaan bergerak perlahan.
dara terus memandang ke arah uda.
"sayang.. jangan cakap cam tadi lagi ye. pasal ma...ah.. tak nak cakap. janji tau" dara menagih janji uda. dia tak sanggup mendengar pasal mati.
"ye sayang... saya janji" tersenyum uda ke arah dara.
.......
"sayang. saya rasa saya nak ma..."
"ah! tadi da janji tak nak cakap" dara memotong kata-kata uda. dara kembali menarik muka
"tapi... takkan saya nak cakap saya nak ma...kan pun tak boleh" tersengih uda sambil menunjuk ke papan tanda "perhentian xxx 27 kilometer"
"hehehe...itu boleh" dara bersuara manja.
semoga perhentian seterusnya akan menjadi perhentian yang akan merapatkan perhubungan ini. tanpa sedar, mereka berdua berdoa dengan doa yang sama.
tamat.
1514pm
isnin
111010
baitie jannati
.......
ok x cerita ciptaan aisy? :) bagi aisy, jadikan setiap perselisihan itu untuk kita saling memahami. untuk yang ingin kan tarikh 10/10/10 ini menjadi tarikh yang akan membina perhubungan bukan setakat 10 atau 100 tahun, tapi selamanya.
*jangan takut berhenti di perhentian(muhasabah diri)
*percaya pada pasangan
*yakin dengan takdir ALLAH yang tidak disangka-sangka.
*bersama menghadapi ujian
*berdoa pada yang Pemberi cinta.
jika ada lagi yang baik dapat dari cerita ini, jadikan iktibar. jika tidak, jadikan hiburan.:)
senyum selalu...:)

1518pm
isnin
111010
baitie jannati
0 comments:
Post a Comment