berbahagialah dibawah naungan-NYA.Maka aku juga akan bahagia bersama"
Berbekalkan senyuman..maka aku melangkah gerak ke hadapan. meneruskan langkah yang terhenti. terhenti kerana kamu.. lalu kini aku teruskan lagi langkahku. mengorak langkah baru.. bersama sisa tawa yang ku kutip semasa perkelanaanku.
bangkitnya aku..
jatuh tidak bererti hidup itu terhenti. maka aku bangkit untuk membuktikan pada semua bahawa aku mampu untuk bangkit sendiri tanpa mereka dan mereka.. kali kedua terjatuh memang perit.. terhirisnya hati bagai dirobek2 luka yang sedia ada. namun aku bangkit kembali meneruskan hidup yang sementara ini.
dikatakan bahawa aku sudah tidak lama berkelana di dunia ini. maka aku akan bangkit untuk meneruskan sisa hidupku yang semakin singkat ini. moga kebangkitanku ini mampu mengembalikan senyuman semua.
langkahku yang diserikan dengan senyuman ini moga kan selalu membuat dia tersenyum.
janjiku kan tetap selamanya dihati.
Bicaraaisy ini yang akan mencoret tiap rentetan kisah hidupku. moga lega hatiku untuk meneruskan perjalanan hidupku. coretan ini bukan untuk menghina atau melukakan hati buat yang membaca. coretan ini hanya hamburan kisah hati yang tak mampu diluahkan dengan kata2..hanya rintihan hati yang tak mampu ku luahkan kepada sesiapa. hanya untuk bantu aku meneruskan perjalanan sisa hidupku..
moga tiada yang terluka tika membaca tiap coretanku. jika ada yang terluka, maaf dipinta terlebih dahulu.. dan ku mohon agar tidak lagi menjengah kisah hatiku disini.. benarkan aku cari damaiku disini..
aku yang ingin damai...
dalam perkelanaan.
100513
jumaat
9.00am
0 comments:
Post a Comment