berbahagialah dibawah naungan-NYA.Maka aku juga akan bahagia bersama"
dimana silapku..
hilangnya senyuman dia kerana aku. muncul wajah muramnya kerana daku. dimana silapku.. tunjukkan aku dimana silapku. agar aku tahu apa yang perlu aku lakukan pada waktu hadapan.
silapkah aku pabila berada disini?
tergurisnya aku pabila ada suatu yang lain mampu menghilangkan keresahan hatinya. dimanakah silapnya aku..? aku yang berada dihadapannya tidak mampu menghilangkan kegusaran hatinya. aduh..perit rasanya bila aku hanya seorang yang menambah kegusaran hatinya. gagalnya aku untuk menjadi penawar kegusarannya.
maka untuk kesekian kalinya aku bertanya lagi..dimanakah silapku?
adakah hanya kerana aku tidak berkongsi segalanya maka aku tidak layak menjadi penawar kegelisahanmu? maafkan aku.. maafkan aku kerana membina tembok antara cerita kita. aku tidak mampu menjatuhkan egoku kerana aku takut aku akan terluka teruk andai dikau berlalu dari ceritaku. maka dengan itu, sedikit tembok dibina agar aku terhindar dari kelukaan hati.
aku juga pantang mengaku kalah. segala yang mampu aku lakukan, akan aku lakukan sendiri tanpa pertolongan dikau dan dia. agar aku kuat berdiri tanpa dikau dan dia. agar pada masa hadapan, aku masih mampu tersenyum walau tanpa dikau dan dia.
ya... silapku kerna masih lagi ada dia dalam ceritaku. tapi ketahuilah..hanya bayangnya yang mengiringiku. tetap aku berdiri tanpa dia. hanya bayang tanpa wajah yang mengiringi jalanku. dan wajah yang mengiringiku kini adalah wajahmu. cuma ada sedikit tembok antara kita. biarkan aku begini. moga aku selesa dengan gaya begini. moga aku bahagia dengan cara ini. kerna aku takut....
namun tetap senyumku yang akan dikau lihat. deritaku biarku simpan jauh didalam hati..
sebentar lagi aku akan pulang.dengan itu, aku memilih untuk kekalkan jarak dalam cerita kita. biarkan kita jauh begini agar aku tidak menjadi penambah kegusaranmu.
bukan niatku untuk menjauhimu. hanyalah semata kerana aku tidak mahu menjadi penambah rencah pada kegelisahanmu.
aku tahu..berada disisiku menambah kegusaranmu. maka,begini mungkin yang terbaik...
cerita ini tetap diteruskan. dan gayanya juga kan tetap begini.
hanya pintaku...
maafkan daku kerna tidak dapat menjadi penawarmu. dan tidak juga aku mampu menjadi yang sempurna buat dirimu yang mulia.
aku yang terkilan.
dalam perkelanaan.
030513
jumaat
1.15pm
0 comments:
Post a Comment