berbahagialah dibawah naungan-NYA.Maka aku juga akan bahagia bersama"
janjiku..
telah ku ingkari janjiku hari ini.. janji yang aku patri ketika aku mahu menerima dirinya ketika itu. janji yang telah aku sematkan dalam dada dan sanubariku. janjiku kepada diriku sendiri.
janjiku..
telah aku berjanji untuk sentiasa menjaga hatinya. membuat dia senyum sentiasa. membahagiakan dirinya dan tidak ambil kisah akan setiap perbuatannya. sekali pon ianya menyakiti hatiku ataupun membuat aku marah,. aku berjanji akan tetap senyum buat dirinya sekalipun dia melukakan hatiku. aku berjanji tidak akan marah terhadap apa pun yang dia lakukan. kerana aku menerimanya atas jalan kasih.. maka aku perlu merelakan segalanya.
janjiku..
tika itu, aku berjanji untuk menjadi isteri yang baik buat dirinya. isteri yang sentiasa senyum buat dirinya. isteri yang tidak sesekali menyakiti hatinya. kerana aku menerimanya hanya kerana ALLAH..
maka aku berjanji untuk taat setia tanpa menyakiti hatinya.
namun hari ini aku mengingkari janjiku sendiri. aku meluahkan setiap apa yang aku rasa. aku meluahkan kepura-puraan aku. aku menyinggung hatinya. hanya kerana aku marah padanya. sungguh!! aku terlalu mengikut perasaan. hingga aku terlupa janjiku pada diriku sendiri..
dah beberapa kali aku mengambil pusing perbuatannya. padahal aku dah berjanji untuk terus sentiasa senyum di depannya.menyembunyikan dukaku. tapi aku terlalu ambil berat tentang setiap apa yang dia lakukan hingga aku simpan dalam hati dan aku sembur padanya tika dia tidak seperti yang ku harapkan.
maafkan daku wahai sang suami..
wahai sang mentari..
mana janjimu untuk menjadi isteri yang baik?? mana janjimu untuk senyum sentiasa di depan suamimu?? sedarlah... walau apa pun yang terjadi, dia adalah suamimu..
ghaibkan deritamu, hadirkan senyummu.. agar dia sentiasa tersenyum melihat dikau tersenyum..
maafkan daku..kan ku patri semula janjiku. aku tidak tahu mengapa aku tegar menyakiti hati suami semuliamu.melihat senyuman hilang dari wajahmu, membuat aku terasa amat berdosa.. membuat aku terasa seolah aku adalah sejahat2 isteri di dunia ini.
maafkan daku wahai sang suami...
aku yang bersalah!! aku yang gagal..
dalam perkelanaan
020513
khamis
11.30am
0 comments:
Post a Comment