berbahagialah dibawah naungan-NYA.Maka aku juga akan bahagia bersama"
senyum dan airmataku..
tak siapa yang tahu bilakah aku tersenyum tanpa airmata dan bilakah aku tersenyum ikhlas dari jiwa. walau dia mengaku mengetahuinya namun ada waktu dia tidak mengetahuinya. lalu aku terus tersenyum dengan membiarkan dia menyangka bahawa aku benar2 senyum tanpa airmata..
airmataku..
hanya mengalir tika hatiku benar2 terguris atau tika aku benar2 marah. namun sekarang acap kali aku mengalirkan airmataku. mengapa?? hilangkah aku yang tabah menghadapi segala rintangan selama ini? lenyapkah aku yang gagah menghadapi segalanya suatu tika dulu?
lalu aku tersenyum..
bukan bahagia, bukan juga tidak bahagia. namun hanya untuk menutup lukaku. hanya untuk mengaburi mata dia dan dia. dia mengaku tahu namun adakalanya dia tidak tahu. dan aku rela dia begitu. aku akan menguris hatinya seandainya dia tahu bahawa aku hanya tersenyum dalam airmata.
biarkan aku begini..
kisahku tidak tamat hanya disini. akanku teruskan langkahku mengiringimu dengan senyumanku. agar dikau dan dia bahagia senantiasa bahagia sebagaimana yang selayaknya. kerana kau dan dia selamanya sebahagian dari hidupku. bezanya cuma dikau kisahku kini dan dia sejarah semalamku.
terlalu sukar untuk ku lalui hari2ku dengan menyembunyikan airmata disebalik senyuman. moga aku sentiasa mampu tersenyum dihari depan dan seterusnya..
yup..aku ingin bahagia. aku ingin senyum tanpa perlu mel;indungi airmata.
moga itu semua mampu ku capai sebelum aku menutup mataku...
buat kamu dan kamu, ketahuilah bahawa aku terlalu sayang dan kasihkan kalian.
walau aku tersepit, walau kalian berbeza, namun kalian tetap bayang2ku..
aku yang ingin senyum tanpa airmata.
dalam perkelanaan.
010513
rabu
12.00am
0 comments:
Post a Comment